Wednesday, August 4, 2010

PENGENALAN

Apakah diperisikan sebagai kemiskinan? Secara umumnya, kemiskinan didefinisikan sebagai suatu keadaan dimana seseorang tersebut hidup dalam serba kekurangan bahan-bahan keperluan hidup. Dalam masyarakat moden, kemisikinan biasanya disamai dengan masalah kekurangan wang.

Dengan lebih terperinci lagi, kemiskinan mempunyai dimensi seperti di bawah:

  • Penggambaran situasi kekurangan bahan keperluan asasi seperti kekurangan makanan, pakaian dan kediaman.
  • Penggambaran keadaan ekonomi di mana seseorang itu tidak mempunyai modal ataupun daya pengeluaran yang dapat menjana kekayaan.

Menurut kriteria Bank Dunia, kemisikinan itu ditakrifkan sebagai penghidupan dengan perbelanjaan kurang daripada US$2 sehari. Manakala bagi mereka yang hidup dengan perbelanjaan kurang daripada US$1 sehari, mereka dianggap menghadapi kemisikinan yang berketerlaluan.

Selain itu, kira-kira 1.2juta penduduk hidup dalam kemiskinan. ''United Nations Development Programme" (UNDP) juga mengatakan bahawa 2/3 penduduk miskin berasal daripada sembilan negara AFRIKA-ASIA dan AMERIKA LATIN. Antara negaranya ialah Ethiopia, Nigeria, Bangladesh, Pakistan, Vietnam, Indonesia, Filipina, Brazil dan China.

Terdapat juga kajian yang menunkukkan bahawa sebahagian besar penduduk miskin berasal dari kawasan pedalaman di mana wanita dan kanak-kanak sahaja akan tinggal di kawasan tersebut manakala suami akan keluar dari kawasan tersebut untuk mencari pendapatan bagi keluarga.

Secara terperinci, dunia bukan sahaja mengalami globalisasi ekonomi tetapi juga globalisasi kemiskinan. Jika fenomena ini gagal dibendung, ia akan menjadi barah sosial yang payah diatasi kelak. Dengan ini, diperturunkan beberapa analisis-analisis kemiskinan yang kian menjadi-jadi dan mungkin boleh menjangkit genarasi akan datang.



SELETH PRICILIAH A/P MOSES 200294


Sunday, August 1, 2010

REALISME KEMISKINAN MALAYSIA


SYURGA VS NERAKA?

Gambar yang telah ditunjukkan merupakan satu kontras yang sentiasa boleh kita nampak di sekeliling kita iaitu jurang pendapatan yang telah lama dialami di M'sia. Menurut kajian kerajaan, kadar kemiskinan telah menunjukkan penurunan yang drastik iaitu dari 49.3% (1970) menurun kepada 4.1%(2009). Pencapaian ini telah menggalakkan kepada pembasmian kemiskinan yang telah dirancangkan oleh kerajaan. Namun begitu, adakah kemiskinan ini boleh dibasmi secara keseluruhan? Di belakang statistik tersebut, apakah maklumat telah diabaikan oleh kita?

Seterusnya adalah cerita yang benar berlaku di sekeliling kita.



PEKAN - Muhammad Sharul Haikal Kasim, 9 bulan, mengalami masalah kepala besar, berat badan menyusut selain masalah penglihatan. Lebih memeritkan lagi bayi itu perlu menjalani pemeriksaan di hospital sekali sebulan yang amat membebankan bagi bapa bayi itu, Kasim yang hanya bekerja di kilang papan dengan pendapatan kira-kira RM60 seminggu.
Bayangkanlah adakah sekeluarga Kasim dapat melanjutkan kehidupan mereka dengan pendapatan rm60 seminggu? Adakah anak-anaknya dapat peluang pendidikan? Adakah cerita-cerita tragis ini tidaklah berlaku lagi di M'sia?




WAWASAN 2020?
Wawasan 2020, di mana suatu matlamat yang akan amat diharapkan untuk dicapai pada tahun 2020 iaitu M'sia akan melangkah kepada negara maju. Manakala gambar di atas telah menunjukkan masalah yang telah dialami di M'sia iaitu. Adakah M'sia berpotensi untuk menjadi negara maju? Apakah masalah yang telah menghalang negara kita untuk mengejar jejak Singapura,negara jiran kita yang semakin maju dan terkenal di dunia? Kalau satu hari nanti berlakunya kehausan sumber semula jadi, negara kita masih berdaya saing dan rakyat M'sia berupaya untuk mengekal kehidupan?


REFORMASI PENJAGAAN KESIHATAN VS JABATAN KEBAJIKAN MALAYSIA

Berbanding dengan sistem kebajikan dengan negara maju, M'sia boleh dikatakan agak terbelakang walaupun kos perubatan negara kita adalah antara terendah di dunia. Sebagai contoh, Kanada merupakan negara yang mempunyai sistem kebajikan yang paling sempurna di dunia. Sistem kebajikan Kanada telah menjamin kehidupan rakyatnya. Manakala di Malaysia, sistem kebajikan yang kurang sempurna telah menyebabkan kebanyakan keluarga miskin adalah tidak mampu untuk mengubahkan nasib mereka. Masalah pengurusan yang lama berakar juga tidak dapat diubahsuaikan. Dalam usaha mencapai negara maju, adakah aspek kebajikan termasuk?



LEE GAH KEAN 204965

STATISTIK

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bermaksud pendapatan yang hanya mencukupi untuk membeli sesuatu barangan keperluan yang minimum kuantitinya supaya ahli-ahli isi rumah mendapat zat makanan yang baik dan keperluan asas yang lain seperti pakaian dan kasut, sewa rumah, bahan api dan tenaga, pengangkutan dan komunikasi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan rekreasi. PGK dikemaskini setiap tahun berdasarkan Indeks Harga Pengguna.


Kawasan

Miskin

Miskin Tegar

Isi Rumah
(RM)

Per Kapita (RM)

Isi Rumah (RM)

Per Kapita
(RM)

Semenanjung

660

150

400

90

Sabah

900

170

500

100

Sarawak

770

170

450

100

Sumber: Majlis Taklimat Pemantapan Jentera Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan Selangor 13 Disember 2007.

PGK Makanan – Komponen makanan bagi PGK yang dikaji semula adalah berdasarkan kepada pakar pemakanan iaitu pakar diet dan pakar perubatan. Keperluan harian setiap individu dikira mengikut makanan seimbang seperti bijiran (beras dan gandum), ayam, telur, ikan, susu, gula, sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang.

PGK Bukan Makanan – Komponen bukan makanan bagi PGK yang terdiri daripada pakaian, perumahan, pengangkutan dan perbelanjaan lain adalah dikira berasaskan kepadapenyiastan perbelanjaan isi rumah.

Golongan Miskin Tegar – Berdasarkan analisis pada tahun 2005, sesebuah isi rumah dianggap miskin tegar sekiranya pendapatan kasar bulanan isi rumah tersebut kurang daripada PGK makanan

Bilangan kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar di Malaysia (1970-2004) adalah seperti berikut:

Tahun

1970

1990

1997

1999

2004

Kadar Kemiskinan

49.3%

16.5%

6.1%

7.5%

4.3%

Bandar

22.3%

7.1%

2.1%

3.4%

1.6%

Luar Bandar

60.0%

21.1%

10.9%

12.4%

9.6%

Kadar Kemiskinan Tegar

-

3.9%

1.4%

1.4%

0.7%

Bandar

-

1.3%

0.4%

0.5%

0.2%

Luar Bandar

-

5.2%

2.5%

2.4%

1.5%

Bilangan kadar kemiskinan tegar setiap negeri di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2005 adalah seperti berikut:

Negeri

Bilangan Kemiskinan Tegar

Tahun 2002

Bilangan Kemiskinan Tegar

Tahun 2005

Kelantan

12,145

21,359

Perak

7,372

4,792

Pahang

7,345

2,992

Terengganu

7,137

10,985

Kedah

2,646

6,563

Johor

1,207

1,665

Selangor

965

1,008

Perlis

822

1,534

Negeri Sembilan

685

1,235

Melaka

594

1,348

Pulau Pinang

231

641

Sabah

19,534

21,581

Sarawak

7,610

10,165

Bilangan kadar kemiskinan mengikut etnik di Malaysia bagi tahun 2004 adalah seperti berikut:

Butiran

Bumiputera

Cina

India

Jumlah

Kemiskinan Tegar

1.9%

0.1%

0.3%

0.7%

Bandar

0.7%

neg¹

0.2%

0.2%

Luar Bandar

3.3%

0.3%

0.5%

1.5%

Kemiskinan

8.3%

0.6%

2.9%

4.3%

Bandar

4.1%

0.4%

2.4%

1.6%

Luar Bandar

13.4%

0.3%

5.4%

9.6%


NURUL NATASHA BT MUSA 204968