Sunday, August 1, 2010

PERANAN MASYARAKAT




Peranan Masyarakat Dalam Membanteras Kemiskinan
Peranan Ibu Bapa
1. Menunjukkan teladan yang baik kepada anak.
Ibu bapa tidak harus mengamalkan sikap kemalasan dalam kehidupan harian.Sebaliknya,ibu bapa harus menetapkan satu matlamat yang besar seperti membeli sebuah rumah besar atau kereta mewah.Dengan ini,anak-anaknya dapat mencontohi semangat ibu bapa dan berupaya berdaya saing dengan rakan-rakan.

2. Tidak harus berputus asa dengan mudah walaupun kehidupannya dalam kemiskinan
Ibu bapa harus mempunyai semangat majukan diri untuk menyokong anak mereka melanjutkan pelajaran sehingga ke tahap universiti.

3. Memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak.
Keadaan ini akan mengelakkan anak mereka terlibat dalam kegiatan mencuri untuk mendapat wang yang selebihnya untuk meneruskan kehidupan.

Peranan NGO
1. Peranan masyarakat boleh dilakukan bersama dengan setiap agensi di bawah kementerian seperti MARA,RISDA,KEJORA
Setiap agensi ini boleh menjadi pemacu dan peneraju pembangunan modal insan di kawasan luar Bandar.Agensi-agensi ini juga harus memastikan masyarakat di luar bandar mendapat manfaat yang maksimum setaraf dengan masyasrakat di Bandar.Mereka boleh menyediakan kemudahan asas seperti pembinaan jalan raya,bekalan air dan elektrik dan lain-lain lagi kepada masyarakat di luar bandar.

2. Negara kita boleh mencontohi Negara maju yang berjaya mengubah imej di kawasan luar bandar seperti negara Jepun
Di Negara Jepun ,kawasan di luar Bandar bukan sahaja hanya menjadi destinasi pelancongan,malahan juga menjadi pilihan petempatan bagi golongan elit dan penduduk berpendapatan tinggi.

3. Projek perniagaan di bawah MARA dan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa
Mereka berperanan menjadi kawasan luar Bandar yang berimej mundur ditukar menjadi tempat membina kehidupan yang lebih selesa,disertai dengan peluang dalam bidang ekonomi dan industri.Sebagai contoh,pembinaan rumah di bawah Program Bantuan Rumah Pakej Rangsangan Ekonomi.Keadaan ini bukan sahaja dapat membantu kehidupan orang miskin ditingkat dengan keadaan lebih selesa dan selamat,malah juga dapat meningkat daya saing masyarakat Bandar dengan luar Bandar.Pemberian bantuan kewangan kepada industri perikanan juga boleh dibuat melalui projek ini,seperti membeli perahu,alat-alat dan kelengkapan menangkap ikan kepada penduduk di kawasan luar bandar.



OOI YEE WEN 204768

No comments:

Post a Comment