Wednesday, August 4, 2010

PENGENALAN

Apakah diperisikan sebagai kemiskinan? Secara umumnya, kemiskinan didefinisikan sebagai suatu keadaan dimana seseorang tersebut hidup dalam serba kekurangan bahan-bahan keperluan hidup. Dalam masyarakat moden, kemisikinan biasanya disamai dengan masalah kekurangan wang.

Dengan lebih terperinci lagi, kemiskinan mempunyai dimensi seperti di bawah:

  • Penggambaran situasi kekurangan bahan keperluan asasi seperti kekurangan makanan, pakaian dan kediaman.
  • Penggambaran keadaan ekonomi di mana seseorang itu tidak mempunyai modal ataupun daya pengeluaran yang dapat menjana kekayaan.

Menurut kriteria Bank Dunia, kemisikinan itu ditakrifkan sebagai penghidupan dengan perbelanjaan kurang daripada US$2 sehari. Manakala bagi mereka yang hidup dengan perbelanjaan kurang daripada US$1 sehari, mereka dianggap menghadapi kemisikinan yang berketerlaluan.

Selain itu, kira-kira 1.2juta penduduk hidup dalam kemiskinan. ''United Nations Development Programme" (UNDP) juga mengatakan bahawa 2/3 penduduk miskin berasal daripada sembilan negara AFRIKA-ASIA dan AMERIKA LATIN. Antara negaranya ialah Ethiopia, Nigeria, Bangladesh, Pakistan, Vietnam, Indonesia, Filipina, Brazil dan China.

Terdapat juga kajian yang menunkukkan bahawa sebahagian besar penduduk miskin berasal dari kawasan pedalaman di mana wanita dan kanak-kanak sahaja akan tinggal di kawasan tersebut manakala suami akan keluar dari kawasan tersebut untuk mencari pendapatan bagi keluarga.

Secara terperinci, dunia bukan sahaja mengalami globalisasi ekonomi tetapi juga globalisasi kemiskinan. Jika fenomena ini gagal dibendung, ia akan menjadi barah sosial yang payah diatasi kelak. Dengan ini, diperturunkan beberapa analisis-analisis kemiskinan yang kian menjadi-jadi dan mungkin boleh menjangkit genarasi akan datang.



SELETH PRICILIAH A/P MOSES 200294


No comments:

Post a Comment