Sunday, August 1, 2010

REALISME KEMISKINAN MALAYSIA


SYURGA VS NERAKA?

Gambar yang telah ditunjukkan merupakan satu kontras yang sentiasa boleh kita nampak di sekeliling kita iaitu jurang pendapatan yang telah lama dialami di M'sia. Menurut kajian kerajaan, kadar kemiskinan telah menunjukkan penurunan yang drastik iaitu dari 49.3% (1970) menurun kepada 4.1%(2009). Pencapaian ini telah menggalakkan kepada pembasmian kemiskinan yang telah dirancangkan oleh kerajaan. Namun begitu, adakah kemiskinan ini boleh dibasmi secara keseluruhan? Di belakang statistik tersebut, apakah maklumat telah diabaikan oleh kita?

Seterusnya adalah cerita yang benar berlaku di sekeliling kita.



PEKAN - Muhammad Sharul Haikal Kasim, 9 bulan, mengalami masalah kepala besar, berat badan menyusut selain masalah penglihatan. Lebih memeritkan lagi bayi itu perlu menjalani pemeriksaan di hospital sekali sebulan yang amat membebankan bagi bapa bayi itu, Kasim yang hanya bekerja di kilang papan dengan pendapatan kira-kira RM60 seminggu.
Bayangkanlah adakah sekeluarga Kasim dapat melanjutkan kehidupan mereka dengan pendapatan rm60 seminggu? Adakah anak-anaknya dapat peluang pendidikan? Adakah cerita-cerita tragis ini tidaklah berlaku lagi di M'sia?




WAWASAN 2020?
Wawasan 2020, di mana suatu matlamat yang akan amat diharapkan untuk dicapai pada tahun 2020 iaitu M'sia akan melangkah kepada negara maju. Manakala gambar di atas telah menunjukkan masalah yang telah dialami di M'sia iaitu. Adakah M'sia berpotensi untuk menjadi negara maju? Apakah masalah yang telah menghalang negara kita untuk mengejar jejak Singapura,negara jiran kita yang semakin maju dan terkenal di dunia? Kalau satu hari nanti berlakunya kehausan sumber semula jadi, negara kita masih berdaya saing dan rakyat M'sia berupaya untuk mengekal kehidupan?


REFORMASI PENJAGAAN KESIHATAN VS JABATAN KEBAJIKAN MALAYSIA

Berbanding dengan sistem kebajikan dengan negara maju, M'sia boleh dikatakan agak terbelakang walaupun kos perubatan negara kita adalah antara terendah di dunia. Sebagai contoh, Kanada merupakan negara yang mempunyai sistem kebajikan yang paling sempurna di dunia. Sistem kebajikan Kanada telah menjamin kehidupan rakyatnya. Manakala di Malaysia, sistem kebajikan yang kurang sempurna telah menyebabkan kebanyakan keluarga miskin adalah tidak mampu untuk mengubahkan nasib mereka. Masalah pengurusan yang lama berakar juga tidak dapat diubahsuaikan. Dalam usaha mencapai negara maju, adakah aspek kebajikan termasuk?



LEE GAH KEAN 204965

No comments:

Post a Comment