Sunday, August 1, 2010

PUNCA KEMISKINAN

Antara punca kemiskinan boleh dibahagikan kepada 2 segi iaitu punca terhadap kemiskinan bandar dan luar bandar.


PUNCA KEMISKINAN BANDAR

1)Penghijrah dari luar bandar
Kebanyakan penghijrah dari luar bandar merupakan golongan yang tidak mempunyai kemahiran professional untuk mendapatkan pekerjaan yang menguntungkan. Selain itu,golongan ini juga dikatakan tidak mengetahui tentang maklumat dan pengetahuan dalam bentuk bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi pemerintah. Mereka dipinggir dari memperoleh maklumat dan pelbagai bentuk bantuan dan pembangunan; juga terpinggir dari sistem sosial dan sistem ekonomi bandar.

2)Kos hidup di bandar adalah tinggi.
Walaupun kebanyakan pendapatan penduduk bandar tidak dikategorikan sebagai golongan pendapatan rendah. Namun begitu, pendapatan mereka adalah tidak seimbang dengan perbelanjaan. Ini disebabkan kos hidup bandar adalah tinggi dan membebankan. Kos hidup bandar pula amat dipengaruhi oleh pelbagai aspek. Terutamanya ialah inflasi. Kadar inflasi 3.9% pada tahun 2009 telah meningkat kos hidup bandar dan seterusnya mempengaruhi kadar kemiskinan.

3)Kekurangan peluang pekerjaan.
Perebutan pekerjaan di bandar merupakan fenomena yang kian berlaku di bandar-bandar Malaysia. Majikan zaman kini bergemar untuk mengupah pekerja asing untuk menjimatkan kos. Pasaran buruh kini telah dibanjiri oleh pekerja-pekerja asing yang dikatakan murah. Terutamanya dalam sektor peridustrian dan pembinaan. Pekerja tempatan yang meminta gaji tinggi adalah kurang berdaya saing berbanding dengan pekerja asing.


PUNCA KEMISKINAN LUAR BANDAR

1)Had pekerjaan
Kebanyakan pekerjaan di luar bandar adalah tertakluk kepada sektor pertanian. Sementara itu, pelaksanaan pemodenan dalam sektor pertanian adalah kurang menyeluruh. Daya pengeluaran yang kurang lumayan menyebabkan keadaan kemiskinan luar bandar tidak dapat diubah. Eksploitasi dan monopoli orang tengah, kelaparan tanah, tanah yang tidak ekonomik juga dikatakan antara penyebab kepada kemiskinan di luar bandar.

2)Taraf pendidikan yang rendah
Menurut kajian kerajaan, kadar buta huruf di kawasan luar bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan bandar. Keadaan ini menyebabkan penduduk luar bandar yang berpendidikan rendah tidaak berupaya untuk mendapatkan pekerjaan yang mampu meningkatkan taraf hidup. Kadar kemiskinan luar bandar sukar untuk dibanteras dengan kekurangan golongan professional di antara penduduk luar bandar.

LAM KAR YEE 204866

No comments:

Post a Comment