Sunday, August 1, 2010

PERANAN KERAJAAN

Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan masalah kemiskinan.Pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membasmi kemiskinan dalam negara,contoh program yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan ialah:

1.Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)

Peranan:
1.PPRT membantu keluarga termiskin di seluruh negara untuk menjadi lebih berdikari.
2.PPRT membantu golongan miskin menjayakan diri dalam arus pembangunan negara.

PPRT telah diwujudkan khusus untuk membantu golongan miskin seramai 107,000 orang di seluruh negara. Sebanyak RM600 juta telah diperuntukkan bagi program ini dengan matlamat membantu keluarga termiskin di seluruh negara untuk menjadikan mereka lebih berdikari dan menjayakan diri dalam arus pembangunan negara.

2.Program Bantuan Rumah

Peranan:
1.Program Bantuan Rumah membantu keluarga miskin tegar memiliki rumah kediaman yang selesa.

Pada tahun 2009,peruntukan lima puluh juta ringgit disediakan untuk membina 1,400 rumah baru dan membaik pulih seribu buah rumah. Keutamaan diberi kepada golongan tua,uzur,cacat dan ibu atau bapa tunggal yang mempunyai ramai tanggungan serta mangsa bencana alam.

3.Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KWPKM)

Peranan:
1.KWPKM meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
2.KWPKM melatih dan membangunkan wanita untuk menjadi usahawan menerusi program Amanah Ikhtiar Malaysia.

KWPKM telah dipertanggungjawabkan untuk melahirkan seramai 4,000 orang usahawan wanita.Di antara bidang keusahawanan yang ditawarkan adalah peruncitan, penternakan, kesihatan dan penghasilan makanan.

4.Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Peranan:
1.JKM membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.
2.JKM mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang.
3.JKM meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Subahan Kamal menyerahkan bantuan wang tunai kepada golongan kurang berkemampuan pada majlis di Kampung Selayang Indah, Selayang.
- UTUSAN/ZAINI HUSIN
JKM telah menyalurkan bantuan tunai kira-kira RM1.4 juta setiap bulan kepada golongan memerlukan di Selangor.
Sumber:Berita Utusan

Melalui program-program sedemikian,peratusan kemiskinan dapat dikurangkan.Oleh itu,pihak kerajaan harus meneruskan usaha untuk membasmi kemiskinan bagi melahirkan masyarakat yang proaktif.

LOH WEI TYAN 205004

No comments:

Post a Comment