Sunday, August 1, 2010

KESAN KEMISKINAN




Antara kesan kemiskinan yang amat ternampak adalah masalah pengemis. Namun, pengemis tidak lagi hanya disebabkan oleh kemiskinan dan juga disebabkan oleh anggapan pihak pengemis iaitu pengemis adalah pekerjaan yang mudah mendapatkan duit dengan tanpa mengeluarkan sebarang tenaga. Dengan sikap kemalasan ini, golongan ini telah mengabaikan maruah diri dan seterusnya mengemis di kawasan bandar. Pelbagai masalah juga tertimbul atas punca masalah pengemis.





Selain itu, penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena lumrah di Malaysia dan juga di negara lain. Faktor utama yang menyebabkan masalah ini merupakan kemiskinan. Dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga dan menimba pengetahuan baru, mereka terpaksa untuk melepaskan peluang pendidikan untuk terlibat dalam pekerjaan.

Kemiskinan boleh menyebabkan seseorang kehilangan peluang untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Kos perubatan betul-betul membawa satu beban yang amat besar kepada golongan miskin yang mungkin hanya berkemampuan untuk memenuhi keperluan daripada aspek makanan sahaja. Pada masa sekarang, kos perubatan tidak lagi menjadi satu isu yang membimbangkan golongan miskin di negara kita kerana pihak kerajaan amat mementingkan perkara ini dan sudah memberi perkhidmatan perubatan yang sangat murah dan berkualiti kepada rakyat.

Orang miskin juga mudah kehilangan peluang untuk mendapat pendidikan. Yuran, kos untuk membeli buku dan pakaian sekolah boleh menjadi beban kewangan kepada satu keluarga terutamanya keluarga yang berbilangan anak banyak. Kos pengajian institusi pengajian tinggi juga menghalang pelajar miskin melanjutkan pendidikan tinggi. Kadar buta huruf yang tinggi dan tingkat ilmu yang rendah terhadap bidang sains dan teknologi serta bidang profesional lain akan menjadi satu kekangan kepada perkembangan ekonomi dan sosial negara.

Kecenderungan berlaku jenayah adalah tinggi. Tekanan kewangan seseorang mungkin meningkatkan kadar seseorang untuk melakukan jenayah seperti berjudi, merompak, penipuan dan pinjaman wang haram. Kemiskinan keluarga telah memaksa seseorang itu untuk menyingkirkan nilai moral dan agama. Contohnya baru-baru ini seorang remaja bernama Yong Vui Kong telah mengedar dadah ke Singapura dan telah dihukum mati. Kes-kes ini adalah sentiasa boleh kita nampak di sekeliling kita.



TAN KOK FOOI 204709

5 comments:

  1. saya rasa kesan kemiskinan memang memberi tekanan yang hebat bagi perkembangan sosial.........tetapi melalui usaha kerajaan seperti tawaran pembiayaan PTPTN kepada pelajar universiti dan pelajar kolej yang miskin untuk melanjutkan pelajaran,tekanan ini masih dikawal oleh kerajaan....

    ReplyDelete
  2. penglibatan kanak-kanak dalam pekerjaan memang membawa satu kerugian yang besar kepada negara kita. Ini mengehadkan sumbangan yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak tersebut kepada negara kita pada masa depan.

    Jackson Pui

    ReplyDelete
  3. Saya bersetuju dengan kesan-kesan kemiskinan di atas itu....Yong Vui Kong adalah satu contoh yang baik kepada masyarakat....dia menjadi satu alat bagi organisasi penjual dadah untuk membawa dadah ke Singapura kerana kemiskinan keluarga....

    ReplyDelete
  4. sebagai rakyat malaysia,kita amat bertuah...di negara maju seperti negara barat,masalah kemiskinan tidak sangat dipentingkan...

    ReplyDelete